Friday, June 17, 2011

My New Friends Izah


Aku panggil perempuan ini Izah kerana itu namanya.
Aku sangat suka berkawan dengan dia kerana dia mempunyai semagat setia kawan yang begitu kuat bukan itu sahaja dia juga selalu menasihati diri aku mungkin kerana diri dia lebih tua dari aku.
Aku juga amat suka berkawan dengan diri dia kerana dia sangat gila-gila.
Pada mula-mula aku masuk kerja aku agak tidak berapa suka dengan sikap dia kerana aku ingat dia seorang yang sombong rupanya first impression aku pada diri dia adalah salah sama sekali.
Pada satu hari aku pernah membuat diri dia terasa dengan sikap aku sebab mulut aku yang agak kurang ajar.
Pergaduhan itu sangatlah lama dan aku tidak bercakap dengan dia, dan selepas perkara itu berlaku aku mula untuk cuba berubah agar tiada orang akan terasa dengan diri aku lagi.
Pergaduhan ini berakhir pada hari terakhir dia kawan kami kerja di situ dan dia juga yang baikkan aku dengan Izah, Izah juga yang mula tegur aku dulu dengan memberi aku sebiji gula-gula dalam hati aku sangat seronok kerana aku dapat semula kawan baik aku!!
Selepas kejadian itu aku mula baiki sikap aku agar menjadi lebih matang. Perkara yang paling aku terharu dengan sikap dia adalah dia sanggup belanja aku chocolate cadbury hazenut, cadbury cadmello dan snickers, tapi dia tidak pernah mengungkit sekali dengan aku.
Perkara yang paling kelakar yang berlaku pada kami ialah kami ditangkap dengan HD Parkson tempat kami bekerja waktu itu aku dengan dia hendak snap picture dalam fitting room dan kebetulan HD itu lalu di kawasan itu malu juga aku sewaktu itu tetapi aku tetap tenang sebab aku dengan dia tidak melakukan perkara yang terlarang semasa kami dalam itu..

No comments:

Post a Comment