Saturday, December 17, 2011

KFL THE BEST


Arrggghhh!!!Tetiba saja aku ingin tulis tentang kelas aku ini. Padahal sudah nak masuk 3 tahun aku tinggalkan alam persekolahan yang paling tidak seronok hahahaa..
Kenapa aku ada garisan dekat statement atas?? Sebenarnya aku ingin beritahu bahawa zaman sekolah la yang paling seronok sebab aku tidak perlu fikir masalah untuk cari duit sebab semuanya bawah tanggungjawab mak abah aku jadi aku cuma minta saja kalau mahu duit..
Aku seronok gila-gila sebab dapat masuk ke sekolah SMTSP dapat pula masuk dalam kelas


Kelas yang paling best sekali!!hahaha...Best ke?? TEPUK DADA TANYA SELERA
Mula-mula memang rasa macam nak tukar kelas saja sebab aku tak biasa nak buat kerja-kerja welding ini tapi ALHAMDULILLAH aku telah kuatkan semagat dan dapat habiskan belajar dalam bidang ini.
Budak kelas aku yang paling hot sekali tentunya dipegang oleh geng-geng MAT JOE AND G-BACK geng ini macam poyo saja tapi mereka masih lagi baik dengan aku.
Aku paling rapat dalam kelas ini dengan Syahiran dan Haryadi, kami kemana saja hanya bertiga.
Gambar di bawah ini gambar budak kelas aku yang paling gorgeous sekali...hahahaa...


Aku dan kawan-kawan aku ini tak berapa rapat sangat dengan budak kelas aku ini mungkin sebab kami ini tak bercampur dengan mereka.
Rindu pula rasa hendak belajar aku pun teringat pada cikgu-cikgu aku masa form 4 dan form 5.
Harap-harap cikgu baik-baik saja.
Kepada teman-teman kelas aku, aku doakan agar kamu semua akan berjaya dalam bidang yang kamu cuburi sekarang.
 Bawah ini senarai nama budak kelas aku.



No comments:

Post a Comment