Saturday, March 24, 2012

Asetku!!!

Tanggal 13 MARCH 2012 adalah hari yang malang pada diriku kerana pada hari ini muka aku terkena mesin pencanai..


"MALANG TIDAK BERBAU"
Disebabkan itu aku telah kehilangan aset pada wajah ku iaitu "TAHI LALAT".


Tapi aku amat bersyukur pada ALLAH kerana aku masih lagi tidak kehilangan
PANCA INDERA
kerana aku memakai alatan keselamatan iaitu goggle ketika aku melakukan kerja mencanai, bak kata pepatah "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN".

Perkara dah jadi maknanya aku tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana mungkin ini salah diri aku juga.
Tapi aku amat bersyukur kerana aku masih lagi bernyawa.
Tapi aku rasa kecewa sebab asetku telah hilang!!!



Tuesday, March 20, 2012

I LOVE YOU

Siapa aku untuk menghalang kehendakNYA??
Satu hari nanti aku mesti kena redha dengan apa yang berlaku, kerana aku tidak boleh memilikinya sepanjang hayat aku..
Tapi satu saja yang aku pinta tolong jangan lupakan aku dan kenangan yang pernah kita ciptakan..
Aku harap kau akan ingat dengan tarikh 28 FEB 2012 iaitu tarikh yang paling indah dalam hidup aku kerana pada tarikh itu aku dan kau telah berjanji untuk disayangi dan menyayangi...


Aku amat mencintai dirimu sepenuh hati ku dan aku juga harap engkau pun akan mencintai diriku sepenuh hatimu..
Aku tak boleh bayangkan jika engkau lupakan diriku kerana begitu susah untuk aku menerima orang lain sebagai pengganti dirimu.
Bagi aku engkau amat sempurna biarpun ada yang mengatakan engkau tidak sempurna, tapi aku tidak kisah akan perkara itu..

Adakah engkau telah memberi aku sepenuh hatimu??
Seperti mana aku telah berikan sepenuh hatiku pada dirimu...

"I LOVE YOU"

Monday, March 19, 2012

Hatiku Milikmu

Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku




Disisimu aku terdiam seribu bahasa

dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini

Monday, March 12, 2012

Cinta Baruku

Alhamdulillah akhirnya aku dapat mencari pengganti dirinya,
dan aku harap semoga hubungan aku kali ini akan kekal ke akhir hayat.
Aku nak dia tahu yang hanya dia sahaja di dalam hati ku disaat ini,
dan nama budak itu sudah tiada dalam hati aku kerana aku telah buang jauh dari hatiku.

HATIKU MILIKMU

Aku harap dia akan terima aku seadanya dan mampu memberikan aku kasih sayang yang secukupnya.
Tapi dia perlu tahu yang aku sangat mencintai dirinya,
aku sangat bahagia bila aku berada dekat dengan dia!!!!