Thursday, June 28, 2012

cUti sEmeSTer!!

Assalammualaikum,

Semester 4 (Latihan Industri) agak memenatkan diri ku, terasa tekanan pun ada juga, oleh itu dengan cuti yang agak lama ini iaitu lebih kurang 2 bulan aku telah menemani kawanku balik ke rumah dia di Putrajaya.

Cuti ini amat bermakna pada aku kerana aku dapat melepaskan tekanan dengan sepuas-puasnya!!!
 Ceritanya di sini aku dan kawan aku telah habiskan cuti semester dengan bertemu dengan rakan-rakannya yang berada di Senawang.

Lepas beberapa minggu aku berkenalan dengan kawan-kawan dia, kami telah pergi ke Port Dickson untuk tangkap ketam yang kononnya musim ketam, tapi apa yang dapat hanyalah anak ketam dapat pun lebih kurang 10 ekor je.

Agak seronok jugalah cuti semester ini aku dapat berjalan-jalan luar dari Pahang!!!

Kenangan cuti semester kali ini tak mungkin akan aku lupakan kerana ia adalah kenangan paling bermakna bagi diriku.